> >
> >Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi
> >senyap sunyi. Ini
> >adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke
> >dalam kelas.
> >
> >Wajahnya garang, seperti Jin yang tidak ada Shamsudin.
> >Kalau hendak tahu, ikutilah pelajaran cikgu ini.
> >
> >Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
> >Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang
> > dan malam awak doakan saya tak selamat?
> >
> >Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
> > Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang!
> > Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.
> >Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
> >
> >Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
> > Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari
> > ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan
> > berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua
> > mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
> > perkataan-perkataan itu, faham?
> >
> >Murid-murid: Faham, cikgu!
> > >Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
> >Murid-murid: (senyap)
> >
> > Cikgu: Pandai!
> >Murid-murid: Bodoh!
> > > Cikgu: Tinggi!
> >Murid-murid: Rendah!
> > > Cikgu: Jauh!
> >Murid-murid: Dekat!
> > > Cikgu: Keadilan!
> >Murid-murid: UMNO!
> > Cikgu: Salah!
> >Murid-murid: Betul!
> > >Cikgu: Bodoh!
> >Murid-murid: Pandai!
> > Cikgu: Bukan!
> >Murid-murid: Ya!
> > Cikgu: Oh Tuhan!
> >Murid-murid: Oh Hamba!
> > Cikgu: Dengar ini!
> >Murid-murid: Dengar itu!
> > Cikgu: Diam!
> >Murid-murid: Bising!
> > Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
> >Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
> > Cikgu: Mati aku!
> >Murid-murid: Hidup kami!
> > Cikgu: Rotan baru tau!
> >Murid-murid: Akar lama tak tau!
> > Cikgu: Malas aku ajar kamu!
> >Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
> > Cikgu: Kamu gila!
> >Murid-murid: Kami siuman!
> > Cikgu: Cukup! Cukup!
> >Murid-murid: Kurang! Kurang!
> > Cikgu: Sudah! Sudah!
> >Murid-murid: Belum! Belum!
> > Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
> >Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
> > Cikgu: Oh! Melawan!
> >Murid-murid: Oh! Mengalah!
> > Cikgu: Kurang ajar!
> >Murid-murid: Cukup ajar!
> > Cikgu: Habis aku!
> >Murid-murid: Kekal kami!
> > Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
> >Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
> > Cikgu: Sudah, bodoh!
> >Murid-murid: Belum, pandai!
> > Cikgu: Berdiri!
> >Murid-murid: Duduk!
> > Cikgu: Saya kata UMNO salah!
> >Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!
> > Cikgu: Bangang kamu ni!
> >Murid-murid: Cerdik kami tu!
> > Cikgu: Rosak!
> >Murid-murid: Baik!
> > Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
> >Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
> > Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
> >
> >Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid
> >berasa lega kerana
> >guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar.
> >Walaubagaimanapun,mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab
> >kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan
> >datang lagi......
nice funny story
ReplyDelete